Alhamdulillah kesempatan tahun ini [ 9 Syawal 1431 bersamaan 18 hb Sept 2010 ] , kami sekeluarga dikurniakan rezeki untuk menganjurkan Rumah Terbuka kecil - kecilan [ namun meriah ] sebagai satu kesempatan untuk meraikan sahabat handai lalu mengeratkan silaturrahim sempena Aidil Fitri . [ gambar : Al Fadhil Ustaz Yusuf Embong Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang. ]

Kesempatan ini juga dimanafaatkan sepenuhnya untuk menghimpunkan sanak saudara yang berkelapangan jua sahabat seperjuangan . Yang jauh tentunya semakin dekat dan yang dekat pasti pula semakin erat . Lebih mengembirakan lagi apabila majlis seperti ini memberi peluang kepada kami sekali sekala membuka juadah dan hidangan buat mereka yang memerlukan dari kalangan faqir miskin dan anak - anak yatim .

Sedar atau tidak , angka kunjungan ke Rumah Terbuka kami melepasi anggaran kecil kami apabila lebih 1500 orang yang hadhir . Agak kelam kabut juga tuan rumah menyiapkan bekalan tambahan secara spontan . Namun kami puas dan seronok dapat berkumpul dengan sahabat - sahabat seperjuangan. Hilang rasa letih seharian melayan tetamu . [ gambar : kiri : Al Fadhil Ustaz Fadhil Mohd Nor Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan ]

Sesekali bertemu dan bersua dalam majlis seperti ini tentu sahaja terlalu banyak kenangan dan nostalgia diimbas kembali . Kemesraan kian bersemi dan ukhuwwah Fillah kian bertaut . Indahnya persaudaraan ini . Segalanya diikat oleh perjuangan Islam yang didokong. [ gambar : Al Fadhil Ustaz Abdul Hadi Ghazali . Pegawai Khas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ]

Al Fadhil ustaz Fadhil Noor Abd Karim bersama keluarganya.

Al Fadhil Us Junaidi Ishaq [ setiausaha DPP Negeri Pahang ] , Us Roslan dan akhi Yuserie [ Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Indera Mahkota ] . Mereka bertiga antara yang paling awal tiba sebelum Rumah Terbuka berlangsung secara rasminya. Terima kasih atas kunjungan kalian .

Silakan ! Tentunya menu yang paling laris di Rumah Terbuka ini ialah Nasi Dagang al Taranjani. Adunan air tangan bonda dan mak saudara . Selain Nasi Kerabu diRaja sentuhan isteri tercinta.


Dalam kesibukan beliau , alhamdulillah Yb Fuziah Salleh Ahli Parlimen Kuantan bersama suaminya Prof Dr Abdullah sempat mengunjungi kediaman kami di Rumah Terbuka ini . Pastinya kehadhiran beliau menjadi tarikan dan menyerikan lagi majlis ini. Jazakumullah .


Tanpa Team Nisa' Indera Mahkota , majlis Rumah Terbuka ini pastinya tidak sempurna dan terurus dengan baik . Merekalah dengan segala kesungguhan dan kerajinan membantu kelancaran Rumah Terbuka kami. [ gambar : Nisa' sedang menjamu selera sebelum memulakan tugas sukarela mereka ]

Syed Ali al Habsi [ Pengerusi Musolla Ar Raudhah ] , Ustaz Azli Imam Musolla Ar Raudhah membelakangkan kamera antara yang memeriahkan Rumah Terbuka ini .

Al Fadhil Ustaz Hazmi Dibok [ Pensyarah UMP ] antara sahabat yang pastinya mendapat layanan istemewa apabila mengunjungi Rumah Terbuka kami dengan seluruh isi keluarganya .







Saudara Hatta dari Keadilan Cabang Kuantan turut hadhir menyerikan majlis kami.

Al Fadhil Ustaz Hashim Yahya [ Mantan Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Pahang ]

En Rospie [ Pensyarah Polisas ] dan keluarga antara sahabat yang setia mengunjungi kami saban Aidil Fitri .


Bergambar kenangan dengan Yb Fuziah Salleh
[ MP Kuantan ]

Haji Karim antara orang lama Gerakan Islam [PAS] Indera Mahkota .


Al Fadhil Ustaz Azizul [ Presiden ILMAM ] jauh dari Dungun Terengganu .

Ini tetamu yang paling jauh . Halim dan rakan - rakan dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan . Saya sungguh terharu menerima kunjungan mereka . Semoga ukhuwwah ini terus erat

Orang kuat ILMAM


Ini Chup , sahabat lama masa sekolah menengah dulu di Sek Men Dato' Mahmud Mat Tanah Putih Pekan . Dia cadang saya tubuh Alumni SMDMM . Insyaallah , akan di proceed


Al Fadhil Ustaz Zainudin
[ Pensyarah Maahad Tahfiz Pahang ]


Al Fadhil Sdr Mazlan Aliman [ AJK PAS Pusat ] tidak ketinggalan menikmati nasi Dagang al Taranjani . Jauh perjalanan beliau dari Johor singgah jua ke teratak kami . Terima Kasih Abg Lan . Kullu Aamin wa Antum bikhair wa Fi Taatillah

Anuar Bt 3 dan Hj Arif Indera Mahkota 3

Hj Zahari dan rakan - rakan


Tu dia , Jabatan Amal Indera Mahkota sudah datang untuk bertugas . Siap bawak Tok Imam sekali . [ gambar dari kiri : Syeikh Azlan dan Hj Mustafa ]


Ahli jamaah Musolla ar Raudhah


Dalam kesibukan suasana di Rumah Terbuka kami , anak - anak ini leka bermain di lantai batu refleksi . Telatah mereka menceriakan lagi suasana .



Encik Nasir [ Pegawai Jabatan Haiwan Rompin ] antara sahabat lama yang tidak lepas peluang mengunjungi kami , jauh dari Muadzam Shah . Terima kasih

Al Fadhil Ustaz Yusuf dan anaknya Habibullah memilih Laksa Al Kalantani untuk dinikmati sempena Ryumah Terbuka kali ini .





Ini tetamu yang agak istemewa kerana hadhirnya adalah mewakili ummi Yam [ Ustazah Mariam Abd Rashid Sungai Buloh ] sebagai keluarga angkat kami . wakil pun wakil lah , tapi ummi Yam janji nak datang kemudian.

Ini Bob Mali mana plak nih ? Eh Akhi Ziera laa , seronok dia dapat bertugas membantu kami menyediakan juadah dan peralatan tambahan sehingga lupa nak makan Nasi Kerabu diRaja yang telah beliau hidangkan . Terima kasih Ziera ...

Ini tetamu paling standard . Mereka datang dari jam 4.00 pm dan hanya pulang jam 9.30 malam . 3 kali makan . Nasi dagang , nasi kerabu dan laksa habis semuanya mereka sapu . tapi apa yang memuaskan kami ialah mereka juga akhirnya bergotong royong membersihkan peralatan , tempat dan rumah kami yang tentunya berselerakan seperti Tongkang pecah selepas majlis selesai .