Himpunan Aman 901
12:50:00 AM
Ditulis oleh Nasrudin Hassan at Tantawi
Himpunan Aman 901
Jika saya turun Himpunan 901 kelak, saya bukan turun untuk Anwar dan kerana Anwar. Tetapi kerana saya mahu membawa mesej kepada kerajaan UMNO dan BN bahawa rakyat menolak cara pemerintahan dan pentadbiran yang merosakan maruah orang sebelum ia dibuktikan bersalah. Menghukumnya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya. Ini adalah satu kezaliman dan penginayaan. Tidak baik membiarkan pemerintahan begini mengurus negara dan rakyatnya. Kebetulan hari ini insan yang menjadi mangsa hukuman sebelum hukuman mahkamah ini ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika mangsa itu adalah Datuk Seri Najib Abd Razak sekalipun, kita wajib menentang kezaliman dan penginayaan yang dilakukan.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
5 Januari 2012 2:51 PG
banyakkan video yang santai mcm OLEY.... fattabiouni blh jd rjukan.
5 Januari 2012 12:38 PTG
tuduhan terhadap najib dan altantuya mu dop backup pule? anwar ibrahim jugok mu backup.
5 Januari 2012 2:35 PTG
terbaik ustaz...! insya allah mahasiswa juga akan turun membuktikan solidariti rakyat menentang kezaliman dan ketidakadilan sistem di malaysia..
5 Januari 2012 7:16 PTG
Salaam.
Bagaimana pula dengan maruah Saiful Bukhari yang turut diabkan dan dijaja di sana sini dengan menghukum beliau sebagai bersalah dalam hal ini sebelum mahkamah memutuskan keputusan?
Dalam hal ini siapakah yang mensensasikan isu ini dan membawanya kepada rakyat sebenarnya? Siapakah yang membuat road tour serata negara mendengungkan kepada rakyat tentang kes ini? Jika kita berbicara tentang maruah DSAI, kita patut juga memikirkan tentang maruah Saiful.
Saya tidaklah menyatakan DSAI bersalah dalam kes ini,iatu biarlah mahkamah memutuskan. Tetapi dalam keghairahan kita janganlah hendaknya menjadikan kita tidak berlaku adil.
Saya seorang yang menyokong perjuangan menegakkan Islam, namun melihat perkembangan PAS dalam tahun2 terakhir adalah sesuatu yang amat mengacaukan akal dan jiwa.
Maafkan jika terdapat kekasaran di dalam mengutarakan pendapat ini.
http://alfindani.blogspot.com/2012/01/bagaimana-seharusnya-kita-berpolitik-3.html
8 Januari 2012 4:30 PTG
Salam,
kurang-kurang anwar diberi 3 tahun untuk hujah mempertahankan diri, tapi dia tak buat. Tapi YB Dato Hassan haram tak diberi peluang membela diri dan terus dihukum oleh PAS. Jelas sekarang Allah telah menjatuhkan maruah pas sendiri.. Allahuakbar..
8 Januari 2012 5:50 PTG
bagaimana pula guru saya drHasan Ali... dihukum sebelum dibicara.. kenapa anda tak tentang...
hipokrik, penipu....
8 Januari 2012 5:50 PTG
bagaimana pula guru saya drHasan Ali... dihukum sebelum dibicara.. kenapa anda tak tentang...
hipokrik, penipu....
8 Januari 2012 5:52 PTG
habis, bagaimana drhassan ali... dihukum tanpa melalui perbicaraan...
hipokrik, penipu...
8 Januari 2012 5:53 PTG
maruah drhassan ali dicemar... tolong jawap...