Tuesday, February 28, 2012

Erykah Badu

Erykah Badu

Seorang artis African American Erykah Badu begitu biadab dan keterlaluan apabila melukis tatoo kalimah Allah swt di dada kiri dan kanannya selain tatoo segitiga Pyramid bahagian tengah dadanya pula.

Malangnya, beliau diundang untuk membuat persembahan di dalam negara kita. Pula diberi ruang promosi yang hebat dalam The Star tanpa rasa bersalah dan menghormati sensitiviti ummat Islam.

Biarpun The Star telah memohon maaf, namun ini entah keberapa kali The Star membuat kesilapan yang hampir serupa. Pastinya memohon maaf sahaja tidak mampu menyembuh luka ummat Islam akibat penghinaan serupa yang berulang kali.

Saya menegaskan bahawa kerajaan mesti bertindak tegas terhadap penghinaan kepada agama seperti ini. Sekurang - kurang permit The Star mestilah digantung selama sebulan. Pihak penganjur juga mestilah diambil tindakan tegas kerana mengundang artis seperti itu.

Isu di sini bukan konsert atau karyanya, tetapi penampilannya yang mengguris dan melukakan perasaan ummat Islam.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

~ API ~
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments:

Sponsor

Ads 125x125